Minggu, 09 Desember 2012

Hobi Belek Rumput...Koleksi 1

Aku sendiri tidak pernah terfikir yang aku akan minat untuk mengambil gambar rumput...tapi setelah kejadian yang tidak terjangka tersebut...aku mula tertarik dengan bunga rumput. Bagi aku ianya unik kerana bentuknya yang amat menarik dan luarbiasa serta penuh dengan kejutan. 

Ya...penuh dengan kejutan! Kebanyakan bunga rumput ini kecil dan halus...dari pandangan kasar, anda cuma akan melihat rumput tersebut berbunga tapi rupa bentuk bunga tersebut anda tidak akan dapat lihat dengan jelas melainkan setelah anda zoom kan gambarnya. Itulah kejutan yang amat menarik...anda akan dapati rupanya amat unik dan menarik, malah ada yang lebih cantik dan menarik dari pokok bunga yang biasa kita lihat.
(Klik gambar untuk besarkan...barulah nampak lagi menarik!)
Rumput ini tumbuh meliar di tepi jalan atau di kebun2.

Ketiga-tiga gambar ini adalah bunga yang sama...cantik bunganya, warna kelopaknya yang berwarna ungu muda dan kuning di tengahnya sungguh mempersonakan. Tapi....  Bunganya kecil, lebih kurang setengah dari besar duit syiling 5sen. Andai ianya besar seperti saiz bunga biasa, pasti ramai yang menanamnya di pasu bunga....

Bunga rumput ini mungkin biasa anda lihat tetapi pasti anda tak ambil kesah pun...Malah dulu aku selalu cari rumput ini untuk makanan arnab peliharaanku tapi tak pernah pun menghargai kecantikan bunganya tapi sekarang... lihatlah betapa cantik bunganya...

Rumput ini cukup banyak di tepi jalan di kampungku. Setiap satu besarnya dalam 2~3mm... Ianya tumbuh padat, maka anda akan melihat seperti bentangan karpet hijau yang berbintik-bintik purple...sungguh memukau!

Bunga rumput ini teramat kecil...Nasib baik dapat gak di "focus" 

Rumput ini selalunya tumbuh menumpang di dalam pasu bunga. Halus jer bunganya...Bentuk daunnya juga menarik. Apabila anya tumbuh padat di dalam pasu, ianya akan menutupi permukaan pasu dan menjadikan pasu bunga anda lebih menarik...tambahan pula bunganya yang berwarna kuning memjadi warna kontras yang menarik.

Susah nak cakap, bunga ke buahnya.

Biasa sangat dengan rumput ini, Ianya jenis rumput yang berbatang dan berdahan lembut dan rendah jer, bawah paras lutut.  Tidak pernah pun terfikir nak belek bunganya tapi baru sekarang perasan yang bunganya sungguh cantik dan unik, macam orked pun ada rupanya.

Lihat betapa cantiknya bunga ini...jika di lihat secara mata kasar...tidak nampak pun menarik.

Jika rumput ini besar...pasti ianya cantik di tanam di dalam pasu.

Ini pula lumut...unik dan menarik sekali rupanya. Jika di lihat dengan mata kasar anda hanya nampak hamparan hijau.

Rumput ini sungguh cantik bunganya, kelompok bunganya yang putih dan daun yang hijau cukup menawan. Ianya seperti sejambak bunga buat pengantin. Namun ianya kecil jer sejambak sebesar duit syiling 10sen dan 20sen aje.

Yang ini x sempat nak ambil gambar masa ia hidup kerana baru lepas mati kena racun. Sekali imbas macam bunga dalam Samsung S3 tu... tapi yang ini kecik jer, kecil sikit dari duit 5sen.

Tidakkah ianya menarik? Melihat bunga rumput memberi aku suatu pengajaran....Janganlah menilai sesuatu yang tidak menarik tanpa melihatnya dengan teliti. 
Belum cukup lagi? Lihat lagi di...di koleksi 2 pula... 

Hobi Belek Rumput...Koleksi 2
Hobi Belek Rumput..??

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar