Selasa, 09 Oktober 2012

Eksplorasi #3 - Kampungku...

Eksplorasi kali ini menjejak kaki ke kampung ku...sebuah kampung di Bagan Datoh. Jika anda menyusuri jalan raya dari pekan Simpang Empat menuju ke Bagan Datoh, Anda akan dapati perkampungan hanya di sebelah kiri jalan manakala di sebelah kanan pula adalah ladang ataupun estet. Nama-nama kampung pula bemula dengan Parit...kemudian Tebuk...dan akhirnya Sungai... 


Kampungku seperti mana kampung lain di kawasan Bagan Datoh yang dipenuhi dengan pepohon kelapa, pisang dan sebatang parit di hadapan rumah. Kampungku tidaklah seindah mana namun ianya cukup indah dan nyaman bagiku. Nostalgia di waktu kecil kembali bermain diminda tatkala melihat gambar-gambar ini.

Teratak yang semakin usang...

Suatu masa dulu disinilah tempat mandi-manda yang paling menyeronokkan.

 Pepohon nyiur bagaikan melambai-lambai kedatanganku..

 Keadaan kebun dan keliling rumah yang semakin tidak terjaga kerana semakin jarang-jarang pulang...


Pokok pinang pun semakin banyak tumbuh meliar

Bunga-bunga kertas yang menjadi kesayangan ibu ku kini semakin terbiar... 

Pernah suatu ketika...parit ini tidak terjaga. Beginilah rupanya.


 Parit yang banyak meninggalkan memori indah buatku

Hampir sepanjang jalan kampung di pagari oleh pepohon pisang... 

Masih banyak ikan lagi diparit ini seperti ikan haruan, talapia, puyu, sepat, bulan dan macam2 lagi.



Sejauh mana pun aku merantau, kampungku tetap di ingatan. 
Aku tetap akan pulang...Aku sayang kampungku...

Anda juga mungkin meminati :

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar