Minggu, 09 Desember 2012

Hobi Belek Rumput...Koleksi 2

Di dunia ini, setiap yang di ciptakan Allah amat sempurna, unik dan cantik. Mungkin sesetengahnya di cipta dengan sedikit kekurangan namun di beri pula kelebihan yang lain. Kita harus bersyukur dan redha dengan setiap kurnian dari Allah kerana sesungguhnya dia Maha Mengetahui lagi Maha Menyayangi. 

Hobi ku ini mengajarku banyak perkara yang sebelum ini aku kurang ambil perhatian. Aku menjadi seorang yang lebih peka dan teliti dalam melihat sesuatu perkara. Jika kita sentiasa melihat sesuatu perkara dan benda dengan positif dan menarik, pasti hidup anda sentiasa indah dan ceria disamping penuh dengan pengalaman baru yang pasti mengejutkan, menyeronokkan dan memberikan ilmu yang amat berharga.

  Panjang pulak celoteh... Anda belum puas?...kini tatapilah pula koleksi gambar seterusnya... 
(jangan lupa klik pada gambar untuk besarkan) 

Rumput ini semakin jarang di temui. Bunganya cantik sekelompok bagaikan di hujung tanduk. Jika tidak di zoom gambarnya, pasti tidak terlihat bahawa ianya mempunyai banyak kuntuman bunga.

Sukar di nyatakan yang mana satu bunganya...rasanya yang ada bintik2 putih itu.

Kalau dulu...paling tidak suka denga rumput ini kerana buahnya akan melekat di seluar. Tidak pernah perasan pun yang ia juga berbunga. Lihatlah betapa cantik bunganya seperti bunga raya...Jika tidak kerana saiznya yang kecil, lebih kecil dari syiling 5sen pasti ada yang mahu menanamnya di pasu.

Rumput ini mungkin biasa anda lihat kerana ianya mempunyai daun yang berwarna kemerahan dan sering di tanam sebagai rumput hiasan. Ianya juga berbunga...lihatlah betapa unik bunganya... 

Ini juga salah satu rumput hiasan yang mengeluarkan bunga2 halus yang banyak. Ianya sungguh cantik.

Ini pula salah satu jenis rumputyang merayap...bunga cukup halus, tapi bial di zoomkan...sungguh cantik, seperti bunga orked.

Bunga rumput ini pun seperti bunga orked...kerana ianya kecil, maka kecantikan nya tersembunyi dari pandangan mata kasar.

Bak bunga matahari...tapi berwarna putih...

Ini mungkin biasa anda lihat...lagi pun bunganya sedikit besar dan mudah di lihat. Bunga rumput semalu ini sungguh cantik sekali bentuk dan warnanya. 

Tidak semua bunga itu mempunyai kelopak, lihat bunga rumput ini yang berbentuk unik sekali. Berhati2 dengan daunnya yang sedikit tajam bak mata pisau...bisa menghiris tanpa di sedari.

Lihatlah betapa halusnya bunga rumput ini...lebih kurang sama saiz dengan semut hitam itu.

Bunga rumput ini cukup banyak dan subur sekali di tepi parit di hadapan rumah. Bunga berkembang pabila mentari mula bersinar hinggalah tegak di kepala...selepas itu ia pun kuncup. Umpama titik2 kuning di celah kehijauan daun bila di lihat dengan mata kasar. Rupa dan bentuk bunganya sungguh cantik seperti orked desa.

Sukar sekali untuk mendapatkan focus yang tepat bunga rumput ini kerana ianya sungguh halus. Jika di perhatikan...bunganya mempunyai bentuk yang sangat menarik, sungguh unik sekali.

Spesis rumput yang biasa kita lihat di padang2. Bunganya cukup mudah melekat di pakaian.

Jika anda ada kemahiran atau hobi yang unik dan pelik...jangan merasa malu, teruskan ia selagi ianya adalah hobi yang tidak mendatangkan kesalahan dan kemudaratan dari segi kesihatan, undang-undang mahupun agama. Ingatlah...kelainan yang anda buat akan membawa anda lebih jauh kehadapan kerana....anda unik! Satu dalam sejuta. Jadikan ianya satu aktiviti yang anda lakukan dengan penuh minat dan tanpa paksaan.... dan akhirnya ia akan memberikan kenikmatan, keseronokan dan impak positif dalam diri anda...

Buat masa ini sedang mengumpul lagi koleksi baru bunga2 rumput...nanti akan aku kongsikan bersama anda....

Hobi Belek Rumput...Koleksi 1
Hobi Belek Rumput..??

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar