Minggu, 21 Oktober 2012

Pasu Bunga dan sentuhan kreatif...

Pasu bunga juga memainkan peranan yang penting dalam menjadikan pokok bunga anda nampak unik dan menarik. Tidak perlukan pasu yang mahal untuk nampak menarik yang penting bagaimana anda mengubahnya menjadi menarik.

Mungkin anda boleh cuba kreativiti dan tips-tips berikut...
Lihat betapa cute pasu-pasu bunga ini...

Biarpun pasu murah tapi pokok bunga yang subur dan mekar berwarna warni...itulah kecantikan sebenarnya.   

Tong drum pun cantik di jadikan pasu bunga jika kreatif. 

Pasu-pasu bunga yang kecil di gantung dan disusun pada dinding tampak begitu menarik. Itulah pentingnya susun atur yang betul dalam menyerlahkan kecantikan.

Kulit siput pun cantik dan sesuai di jadikan pasu untuk pokok bunga yang kecil.

Mahukan kelainan dan unik pada pasu bunga anda...warnakan sahaja. 

Pasu-pasu yang di gubah menjadi bentuk yang menarik..

Inilah hasil daripada kerajinan dan kreativiti...Sesuatu yang biasa akan tampak lebih menarik dan menyerlah. Mungkin anda mempunyai pelbagai idea lagi untuk mencantikkan pasu-pasu anda. Biarpun ianya pasu murah namun kreativiti anda akan menjadikannya tampak menarik dan unik. 


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar