Minggu, 30 Desember 2012

Eksplorasi #16 - Menarik ke? @ Jom Heboh, Bukit Jalil

Satu petang di Jom Heboh 2012 di Bukit Jalil... Apa yang menarik? Jom kita tengok...
Hari minggu yang membosankan. Pagi tu lepas habis je basuh kereta...aku dah tak tahu nak buat apa. Lepak depan tv sambil baca surat khabar. Peliknya tak terbaca pulak pasal Jom Heboh ni. Tepat jam 12.30 Melodi pun bersiaran. Lintas langsung dari Bukit Jalil...Barulah aku tahu ada Karnival Jom Heboh. Aku pun ajak bini aku pergi...boring kat rumah. Kalau pergi awal tadi boleh tengok Zizan...hehe. Apa lagi yang menarik di Jom Heboh ye? Inilah pertama kali aku pergi... Niat di hati, harap2 dapatlah jumpa ramai artis2 popular...

Sampai di Bukit Jalil dalam jam 3.30 petang. Aduh! Nak masuk dari simpang Kesas dah jem. Kereta dah parking sepanjang jalan susur masuk dan keluar. Macam mane ni...ada ke parking? Aku pun follow je lah kereta depan sampai masuk ke parking kompleks sukan. Laa...parking pun kena bayar! RM2. Nasib baik parking banyak...lega sikit. Parking jer dah pukul 4 petang. Cuaca baik, tidak panas...sedikit mendung tapi dari jauh nampak awan hitam mula menghampiri...

Perkarangan pintu masuk utama Stadium Bukit Jalil

Punyalah Ramain orang...sampai nak jalan pun susah. Banyak juga gerai jualan. Macam-macam ada... Jom! kita tengok apa yang ada dan menarik di Jom Heboh ni.
 
Selebriti pertama yang aku jumpa...Maria Tunku Sabri...tengah lelong Tasto, satu beg RM10. Ramai yang beli...laris jualannya. Tak pe lah kak...saya tak minat tasto, thanks... Maria ni ramah dan sporting sungguh orangnya, semua dia layan.

Lokasi untuk berposing...tak putus2 orang berposing, macam2 gaya dan aksi...sebagai gambar kenangan dah pergi Jom Heboh. Aku pun same...hehe

Ini pula gerai Hotlink...siap ada pentas mini. Pentas je la...tak ade pulak artis. 

Ini siapa ye? Aku pun tak kenal...

Sampai kat gerai Gua...Ada la artis ni. Siapa ni? Inilah dia Awira...penyanyi kumpulan Mojo tu. Alahai...kecik jer orangnye tapi suara dasyat! Berebut peminat nak bergambar...aku shot dari dauh jer laa..

Berikut, beberapa koleksi gambar di tapak karnival... Ramai betul manusia. Gerai pula pelbagai...harga barangan, ok lah... Kawasan luas dan terbuka. Selesalah juga. 
 
 
 
 
 
Antara gerai jualan yang menarik

Bagi yang bawa kanak2...pasti akan melekat kat sini. 

Ini adalah pentas utama. Tempat dimana malam nanti diadakan konsert Jom Heboh. Ada siaran langsung kat TV3, kecil jer pentasnye...tapi kat tv macam besar la pulak.

Ketika ini sedang di adakan ujian bunyi dan persembahan. Tengah menyanyi tu...Jimmy Palikat dengan One Nation Emce. Tengoklah kejap, bukan tak suke tapi...sound system hampeh, sakit telinga aku. Bingit!

Aku tengok setiap gerai yang di kerumuni...semuanya yang tengah bagi hadiah percuma atau special offer. Nak menyelit pun susah. Tengok dari jauh jer la...

Artis ni namanya aku tak tau...pelakon drama siri Ape Celup...  

Bini aku puas dapat tengok penyanyi kegemaran dia...Adam AF. Bini punya pasal...aku terpaksa redah juga menyelit dalam kumpulan manusia yang berhimpit2 di gerai BH ni. Masa ni Adam and the gang tengah menyanyi lagu KPOP Big Bang...layan jer laaa

Awan gelap dah mula sampai. Aku rasa kejap lagi pasti hujan, baik aku bergerak sekarang. Dalam pada tu sempat juga le singgah beli beberapa barangan jualan. Maklumlah dah sampai sini, tak kan tak ade ole2. Tapi yang aku perasan...setiap barang makanan yang di offer, tarikh luputnya tinggal sebulan dua jer...patut ler offer murah2! Tapi berbaloi juga.. Jangan di simpan dah ler.

Antara jualan yang aku rasa pasti menguntungkan sekejap lagi. Apabila nak sampai jer ke kereta, hujan mulai turun. Dari renyai2 beransur lebat. Masa aku bergerak meninggalkan tempat parking....hujan begitu lebat sekali. Fuh! Selamat aku...

Petang minggu aku terisi dengan aktiviti menjelajah karnival Jom Heboh. Jadilah dapat tengok beberapa orang artis. Konsert malam tu aku tengok kat tv jer lah. Ketika konsert, masih hujan lagi tapi ramai juga yang tengok... Kalau aku tak sanggup...baik tengok di tv...  
 Jadi...apa yang menarik di Jom Heboh ni? Bagi aku sama saja seperti karnival lain...yang menariknya mungkin anda boleh berjumpa ramai selebriti sebab ianya anjuran stesen televisyen... Tapi anda kena tahu masa2 yang sesuai dan waktu-waktu selebriti beraksi... 


Teruskan eksplorasi anda ke :


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar