Jumat, 12 Oktober 2012

Warna-warni Taman Bunga...

Bunga ialah struktur pembiakan untuk tumbuhan berbunga, iaitu tumbuhan-tumbuhan dalam divisi Magnoliophyta (bahasa biologi) - Definasi ringkas dari wikipedia. 

Fungsi bunga ialah untuk menjadi pengantara bagi penyatuan gamet jantan dan gamet betina. Proses ini diistilahkan sebagai pendebungaan. Bunga tidak boleh melakukan pendebungaan dengan sendiri...Ia memerlukan bantuan seperti angin, serangga dan haiwan untuk penyatuan bagi proses pendebungaan ini. 

Untuk menarik perhatian, bunga mestilah mempunyai tarikan yang kuat terutama jika ia memerlukan bantuan dari serangga dan haiwan. Sebab itulah bunga mesti kelihatan sama ada amat cantik, berwarna menarik, berbau dan mengeluarkan madu. 

Bunga merupakan penyeri dan pewangi buat manusia. Bagi sebuah taman, ia tidak akan lengkap jika tidak ada bunga yang menyeri taman tersebut. Sebab itu juga mungkin gelaran taman bunga terhasil. 

Bunga merupakan ciptaan Ilahi yang cukup indah dan menawan. Sebuah taman bunga mampu memberikan anda ketenangan dan kedamaian untuk jiwa dan minda. Nikmatilah keindahan bunga-bungaan di taman bunga yang indah lagi berwarna warni....










Jika anda rasakan taman-taman bunga ini sangat indah...Tidak tergambar bagaimanakah taman bunga di syurga yang berganda-ganda indahnya... 

Tidakkah anda ingin menikmatinya juga,,,,? Hanya anda yang mampu menjawabnya dan hanya andalah juga yang tahu bagaimana untuk menikmatinya...

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar