Minggu, 07 Oktober 2012

Eksplorasi #2 - Jalan pintas Bidor

Anda mungkin pernah melalui jalan persekutuan dari Teluk Intan ke Slim River Perak. Anda pasti akan melalui Pekan Bidor. Jika di hujung minggu atau cuti umum, pasti pekan Bidor akan jem teruk.

Itu dulu...sekarang sudah ada jalan pintas yang mana anda tidak perlu untuk menempuh pekan Bidor lagi kerana sudah ada jalan pintas. Dari Teluk Intan, anda akan masuk simpang kanan sebelum anda sampai Bidor dan ianya keluar sebelum Sungkai.

Sepanjang jalan pintas ini anda akan melalui satu kawasan yang cukup indah pemandangannya yang berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa... Anda akan melalui kebun buah-buahan, tasik bekas lombong dan biasalah pemandangan di Malaysia, tidak sah kalau tidak ada kelapa sawit. Yang menariknya ada sebahagian jalan ini betul-betul membelah sebuah tasik lombong.

Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa pemandangan menarik sepanjang jalan tersebut...
 
Jalan raya yang membelah tasik lombong

 
Tasik lombong tinggal yang menarik pemandangannya
 
Air tasik yang tenang umpama cermin

Keindahan di kala mentari mula terbenam
 
Pemandangan menarik di kejauhan dikala hujan turun

 
 
Banjaran Titiwangsa yang berdiri megah menjadi latar belakang yang sungguh indah
 
Perjalanan yang pendek tapi penuh dengan suasana indah.

 
Awan bagaikan menyelimuti gunung-ganang yang memukau pandangan

Anda juga mungkin meminati :

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar