Senin, 15 Oktober 2012

Eksplorasi #5 - Bandar Proton City...Tg. Malim

Bandar Proton City... Sebuah bandar baru yang di bangunkan khusus untuk industri automotif negara. Ianya sebuah bandar pintar di mana Proton City menggabungkan zon penempatan manusia dan industri yang sifar pencemaran di kawasan alam semulajadi. Hanya kilang berteknologi tinggi dan bebas cemar sahaja bakal beroperasi. Sebuah bandar terancang yang amat menarik dan mempunyai keindahan alam yang mempersonakan. 


Ianya terletak di kawasan Behrang, Perak lebih kurang 5 kilometer dari Pekan Tanjong Malim. Lokasi yang di pilih mempunyai pemandangan yang amat indah, kawasan tanah yang sedikit berbukit-bukit dengan sungai dan tasik serta berlatar belakangkan banjaran gunung titiwangsa.


 
Proton City telah mula di bangunkan pada awal tahun 90an... Namun hanya pada tahun 2003 ianya mula menjadi perhatian apabila kilang canggih Proton mula beroperasi dengan model pertama yang di pasang disitu iaitu Proton Gen2 merancakkan pertumbuhan dan menggalakan penempatan.

 
 Kini setelah hampir sepuluh tahun...kawasan yang seluas 4,000 ekar tersebut semakin membangun... Kawasan penempatan semakin membesar. Kemudahan semakin bertambah. Kampus pintar Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang terletak bersebelahan juga telah siap dan mula beroperasi menjadikan kawasan Proton City semakin galak membangun dan meriah.

 
Proton City merupakan sebuah bandar yang terancang dan amat sesuai untuk di jadikan tempat tinggal. Kawasan nya sangat indah, nyaman dan damai. Kawasannya masih terjaga kebersihan dan keindahannya, tidak terlalu sibuk dan kemudahan prasarana yang lengkap.

 
Proton City terkenal dengan tasiknya iaitu Tasik Embayu, di sini lah tempat dimana penduduk setempat dan pelawat datang untuk melakukan aktiviti rekreasi antaranya ialah berkayak, bersenam dan beriadah bersama keluarga. Tasik ini juga mempunyai pemandangan yang cantik untuk bersantai, berehat sambil menenangkan minda.

 
 
 
 Proton City... sebuah bandar yang menanti masa untuk menjadi sebuah bandar yang maju dan membangun. Dengan tarikan prasarana yang lengkap dan keindahan alam yang masih terpelihara...ianya pasti menjadi satu tempat tinggal yang menjadi idaman semua orang. 

Anda juga mungkin meminati :

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar