Kamis, 04 Oktober 2012

Hidangan Tampak Berbeza...

Makanan jika dihidang setiap hari sentiasa sama sahaja rupanya pun kadang kala membosankan juga. Anda perlu lebih kreatif dalam menghidangkan makanan terutama kepada tetamu mahupun pelanggan agar ianya kelihatan menarik dan kelihatan berbeza. 

Anda boleh cuba beberapa cara seperti contoh berikut...mungkin ianya akan memberi sedikit idea dalam cara untuk anda menghiaskan makanan agar tampak menarik...

Mudah dan hasilnya menarik... Selepas ini nasi lemak anda akan tampak menarik dan berbeza...

Hanya dengan timun dan tomato, pinggan hidangan anda nampak sangat menarik. Mungkin sesuai untuk hidangan nasi ayam...

Untuk memikat anak anda untuk makan telur rebus, mungkin kaedah diatas sesuai. Ianya nampak comel dan menarik perhatian sesiapa sahaja...

  Ini pula adalah sejenis kek bahulu, ianya dibuat berbentuk cawan dan di dalamnya lapisan gula. Ianya memikat kerana boleh diisi dengan air dan anda boleh minum dulu lepas tu...makan sekali cawannya...idea yang menarik!

Sesiapa sahaja pasti terpikat dengan aiskrim ini. Gubahan berbentuk bunga ros ini membuatkan anda teringin untuk menjilatnya...Mmmm...


Gubahan yang sesuai untuk hari jadi anak anda...Pasti mereka menyukainya!

Lupakan bentuk-bentuk biasa bagi sebiji kek...Kalau tidak bulat pasti empat segi. Gunakan kreativiti dengan membentuk kek kepada bentuk-bentuk benda di sekeliling kita... Ya! Pasti tetamu anda terpesona dan tertawan. 


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar