Rabu, 24 Oktober 2012

Eksplorasi #7 - Taman Negara Tanjung Piai

Eksplorasi menjejak kaki ke Taman Negara Johor Tanjung Piai yang terletak di berhampiran Tanjung Piai di mukim Serkat, daerah Pontian, Johor yang merupakan tanah paling selatan di benua Asia. 

Kawasan seluas 926 hektar ini menyimpan pelbagai khazanah berharga alam semulajadi yang kaya dengan hutan, hidupan paya bakau serta flora dan fauna. 

Papan tanda menyambut kedatangan anda ke Taman Negara Tanjung Piai

Dua pelepah Paku Piai raya (acrostichum aureum) diukir di permukaan mercu tanda Taman Negara Tanjung Piai bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai.

Di bahagian luar Taman Negara Tanjung Piai. Tiket masuk RM5 seorang.

Bermulanya pengembaraan di Taman Negara Tanjung Piai. Pastikan anda membawa air minum kerana perjalanan agak jauh.


Pelantar pejalan kaki yang di sediakan bagi menyusuri hutan paya bakau di Taman ini.

Menyusuri hutan paya bakau amat menyeronokkan. Selain pepohon bakau, pelbagai hidupan paya, burung dan monyet boleh kita lihat. 

Kehijauan dan ketenangan di sepanjang laluan begitu  mengasyikkan. Penat berjalan anda boleh berehat di wakaf-wakaf yang di sediakan.

Anda akan dipayungi pepohon bakau yang merimbun sepanjang pelantar. Pelbagai spesis bakau dan hidupan dapat anda kenali dengan begitu banyak informasi di sediakan.

Pemandangan indah Selat Melaka di celah-celah pohon bakau.

Keseronokan dan keindahan semasa anda menyusuri pelantar akan membuatkan anda terlupa akan segala kepenatan.

Pemandangan indah di pelantar pejalan kaki.

 Hutan Paya Bakau yang subur merupakan ekosistem terpenting kawasan ini selain benteng hakisan semulajadi terbaik di kawasan pantai yang berlumpur.

Selat Melaka dari Jeti Tanjung Piai

Permulaan ke Jeti Tanjung Piai

  Jeti Taman Negara Tanjung Piai

Di jeti Tanjung Piai

Penunjuk arah di Jeti Tanjung Piai

Taman Negara Tanjung Piai menempatkan mercu tanda daratan penghujung di benua Asia, iaitu peta dunia yang dibina atas sebuah pelantar menghadap Selat Melaka.

Mutiara kata-kata yang banyak di letakkan sepanjang pelantar pejalan kaki.

Hutan paya bakau yang menarik... Keindahan semulajadi yang unik untuk anda nikmati

Menikmati keindahan hutan paya bakau.

Taman Negara Tanjung Piai, Johor merupakan khazanah alam semulajadi yang perlu di pelihara. Sekarang ianya sudah semakin terhakis. Sisa-sisa pencemaran minyak dan pelbagai lagi mengancam paya bakau dan hidupan di Taman Negara ini. 

Tidak mustahil suatu hari nanti keindahan ini hanya menjadi kenangan dan gambar-gambar ini menjadi sejarah.... Pelihara dan kekalkan alam semulajadi yang unik ini sebelum ianya terlambat.

Anda juga mungkin meminati :

Admin...


Tidak ada komentar:

Posting Komentar