Sabtu, 20 Oktober 2012

Pepohon Sepanjang Perjalanan...

Pepohon yang tinggi merendang amat sesuai di tanam untuk meredupkan dan menyejukkan suasana. Selain di tanam di taman bunga dan di halaman rumah, ianya juga di tanam di tepi-tepi jalan.

Pepohon di tepi jalan ditanam berbaris menyusuri jalan. Ianya memberi satu suasana dan pemandangan yang cukup indah. Anda pasti akan merasai kedamaian dan ketenangan sepanjang jalan.  
 
Pepohon di tepi jalan bagaikan melambai-lambai, mengalu-alukan kedatangan anda di sepanjang perjalanan anda menyusuri jalan tersebut.

 
 
Anda bagaikan melalui sebuah terowong semulajadi yang memberikan anda udara yang sungguh nyaman dan segar.

 
 
Dedaun yang berguguran bagaikan membuat sempadan di bahu jalan. Sesekali berterbangan di hembus angin dan juga oleh kenderaan yang lalu lalang.

 
Di sepanjang jalan suasana menjadi redup, sungguh menyejukkan pandangan. Kadang kala bagaikan berada di dalam suasana yang sungguh romantik dan munkin juga sungguh misteri.

Pepohon pokok juga kelihatan umpama pagar yang memagari jalan

 
Batang pokok umpama tiang dan jaringan dahan dan ranting yang dipenuhi dedaun bagaikan bumbung yang secara semulajadi memayungi anda sepanjang jalan. 

 
 
Jika tidak kerana pepohon yang berbaris berdiri tepi jalan...pastinya jalan itu akan kelihatan kosong dan perjalanan anda juga pasti akan membosankan. 

 

Begitulah peranan pepohon....sebagai teman, penyeri dan tempat teduhan sepanjang perjalanan...
Ketahuilah...jika anda dalam perjalanan untuk melakukan kebaikan, pepohon di sepanjang jalan akan berdoa untuk anda... Cintai dan peliharalah keindahan alam ini...

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar