Jumat, 19 Oktober 2012

Eksplorasi #6 - Empangan Hulu Selangor

Perjalanan kali ini ke Kuala Kubu Bharu. Jika anda ke pekan ini dan terus menyusuri jalan menghala ke Bukit Fraser anda akan melalui sebuah empangan yang sekarang ni tengah panas cerita politik pasal air empangan ini yang semakin susut. 

Empangan Sungai Selangor telah beroperasi sepenuhnya sejak tahun 2003 dan terletak kira-kira 5 kilometer dari pekan Kuala Kubu Bharu. Empangan ini di punyai oleh Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Spash) untuk membekalkan air terawat kepada Syabas. 

Berikut beberapa gambar menarik Empangan Sungai Selangor untuk tatapan anda semua... 
 
Bukanlah pasal kisah sensasi itu yang nak saya ulas tapi mengenai keindahan empangan ini. Persekitaran dan pemandangan di kawasan empangan ini amat menarik dengan tasik, bukit-bukau serta flora dan fauna yang terpelihara. 

 
Kawasan di loji rawatan juga amat terjaga dan bersih. Anda akan merasai kesegaran udara dari angin yang berhembus membuatkan anda seakan ingin terlena. Tasik buatan manusia yang luas ini juga merupakan syurga bagi kaki pancing. 

 
Berehat seketika di tebing empangan setelah letih memandu pulang dari Bukit Fraser amat menenangkan. Keindahan pemandangan tasik yang di pagari oleh bukit-bukau yang menghijau saujana mata memandang sungguh mengasyikkan.

 
Ketenangan dan kedamaian yang membuatkan jasad dan minda relaks seketika... Di sini di awal pagi atau selepas hujan, suasana sungguh sejuk dan nyaman. Awan bergerak rendah membentuk kabus yang memukau pandangan. 

 
Keindahan alam ini harus dipelihara kerana bukan sahaja keindahannya tetapi fungsinya yang menjadi tadahan air semulajadi untuk keperluan untuk setiap makhluk yang bernyawa. Cintai alam sekitar, hindari pencemaran dan kemusnahan. 

Anda juga mungkin meminati :

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar