Sebuah taman tidak semestinya memerlukan pokok bunga untuk kelihatan cantik. Setiap pepohon yang pelbagai bentuk, rupa, saiz dan warna juga mampu menjadikan sebuah taman yang indah. Di tambah pula dengan sebuah kolam atau aliran air yang menyerikan taman tersebut.
Pepohon yang merimbun menyegarkan udara dan menyejukkan pandangan dan suasana. Anda akan terasa kedamaian apabila anda dikelilingi oleh alam semulajadi... Taman memberikan anda ketenangan jiwa dan minda...
Hargailah keindahan pepohon... Jagalah ia... kerana ia melengkapkan suasana alam yang indah, segar dan merehatkan minda.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar