Jumat, 12 Oktober 2012

Kreativiti Kitar Semula....

Kita selalu lihat hasil seni dan kreativiti yang mudah dan dari bahan yang murah atau terbuang yang amat menarik. Nilainya bertambah berganda dan kadang kala mampu memberi hasil yang lumayan. 

Mungkin anda ada banyak bahan terbuang yang kadang kala kita sendiri pun tidak sangka yang kita telah mengumpulnya. Daripada anda buang, cuba anda jadikan ia kepada sesuatu yang menarik. Mungkin anda ada terfikir juga untuk membuatnya tapi selalunya tidak ada idea... 

Di sini ada beberapa idea untuk menjadikan bahan terbuang atau yang anda rasa ianya tidak berguna untuk di jadikan sesuatu yang lebih menarik. Mungkin salah satu daripadanya menarik perhatian anda....
Selamat mencuba.... 

Botol-botol plastik pelbagai guna..

Hiasan dari botol plastik

Kertas warna yang terpakai

Bola tenis yang tidak digunakan atau rosak

 Sudu plastik yang tidak digunakan dan cara membuat lukisan menarik dengan bentuk tangan anda

Wayar yang tidak digunakan

Selipar yang lama tampak menarik  dan  kertas kotak yang terbuang

Gelung tape atau pelekat yang telah habis.

Sebenarnya banyak lagi teknik dan cara untuk menggunakan bahan terbuang untuk dijadikan sesuatu benda lain yang amat menarik, berguna dan bernilai...rajin-rajinlah cari di internet...sumber terkini segala kreativiti dan informasi

Janganlah semua benda yang sudah lama, rosak dan bahan terbuang itu dianggap sampah dan dibuang begitu sahaja. Setiap darinya terhasil dari sumber semulajadi yang terhad. Gunakanlah ia semula dengan kreatif ataupun jual lah ia di tempat kitar semula.... Anda untung, alam pun terpelihara... 

Lagi idea2 kitar semula :

Admin...



Tidak ada komentar:

Posting Komentar