Senin, 01 Oktober 2012

Makan Untuk Hidup @ Hidup Untuk Makan?

Makanan merupakan keperluan untuk hidup. Setiap manusia memerlukannya....tapi mestilah berpada-pada kerana kita bukan hidup untuk makan. Sentiasalah bersyukur dengan setiap rezeki yang diterima dan jangan berlebih-lebih....

Adakalanya kerana makanan kita sanggup berbuat apa sahaja. Apabila kita lapar...akal fikiran kita hanya tertumpu bagaimana untuk mengatasi kelaparan  tanpa memikirkan kewarasan yang lain. Pada masa ini syaitan dengan mudah menghasut manusia kearah kejahatan dan kemungkaran... 

Makanan terhasil dari 2 sumber utama iaitu dari haiwan ataupun tumbuhan. Setiap darinya mempunyai khasiat yang berbeza-beza. Sesetengah darinya jika bercampur boleh menjadi racun kepada kita. Yang lebih utama, pastikan makanan yang anda makan itu halal iaitu halal juga dari sumbernya, cara penghasilannya, bahan dan campurannya, peralatan yang digunakan, kebersihannya termasuklah siapa tukang masaknya...  

Berhati-hati dengan setiap makanan yang masuk kedalam mulut kita...kerana ianya akan menjadi darah daging dan seterusnya kepada penghasilan zuriat. Ianya akan membentuk diri seseorang itu... Jadilah insan yang sentiasa mengambil tahu dan prihatin dengan makanan yang ingin dijamah.

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar