Ilusi optik memang amat menarik dan menghiburkan. Ianya mengelirukan dan memperdaya pandangan mata anda. Ianya juga menguji bagaimana otak anda mampu mengecam, mentafsir dan memberi fokus keatas apa yang anda perhatikan. (klik gambar untuk besarkan agar lebih jelas)
Anda lihat gambar di bawah ini. Nampak seperti tiada apa yang berbeza atau luar biasa. Benarkah? Cuba anda terbalikkan kedua2 gambar ini...
Gambar ini pula menampakkan wajah pada gambar di sebelah kanan nampak pelik. Cuba anda terbalikkan gambar ini...Hah! jangan tidak percaya!
Sebenarnya gambar kiri dan kanan itu adalah sama...pelik kan?
Ini bukan lah ilusi...tapi bagaimana photoshop wajah Mr. Bean menjadi begitu menggelikan hati...
Sekarang kita uji mata... Berapa wajah yang anda dapat jumpa...
Ini adalah hasil seni lukis yang sebenarnya tidak pun melukis gambar wajah tetapi dengan kreativiti... lukisan yang di hasilkan membentuk wajah dari subjek lukisan tersebut.
Lukisan dua ekor tupai di dahan pokok.... @ wajah gadis yang ayu
Jika anda perhatikan betul-betul gambar ini... Tiada pun sebenarnya muka lelaki itu... Ianya adalah pemandangan sebuah desa.
Gambar di bawah juga menggunakan ilusi pandangan mengelirukan otak anda untuk melihat bahawa ada gambar wajah pada lukisan tersebut.
Ilusi gambar pasangan orang tua
Ilusi gambar lelaki
Ilusi gambar tengkorak
Pada gambar-gambar di bawah ini pula menguji berapa jumlah wajah dan orang yang boleh anda temui... Uji kecekapan mata anda dan kebolehan otak anda mengecam wajah-wajah yang tersembunyi.
ada 9 wajah
Ada berapa wajah agaknya? Ada 6 wajah
Teknologi kamera digital sekarang mampu mengecam wajah pada gambar...seperti telefon bimbit LG ini. Ia mampu mengesan 16 wajah manusia...Dapatkah anda mengesan kesemuanya...Cubalah! Kalau anda dapat lebih dari itu anda lagi hebat! (klik gambar untuk besarkan)
Berikut adalah ilusi optik gambaran pandangan bagi seseorang yang mabuk
Dua gambar wajah di bawah adalah sama yang membezakannya hanyalah tahap kegelapan dan kecerahan gambar sahaja...tapi yang anda lihat, kiri wajah wanita dan kanan wajah lelaki...
Ini pula hanyalah selonggok kepingan permainan cantuman gambar yang membentuk seakan-akan wajah harimau...
Mata kita sering menipu otak...oleh itu berfikir panjang dan mendalam dengan apa yang anda lihat sebelum mulut anda mengeluarkan kata-kata. Andai anda tidak pasti, dapatkan maklumat lanjut atau lebih baik diam.
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar