Saya amat meminati fotografi tetapi belum mampu nak pakai kamera DSLR. Guna kamera digital biasa aje lah. Saya ingin berkongsi gambar beberapa tempat yang telah saya jejaki. Bermula dengan tempat kelahiran saya iaitu Bagan Datoh.
Bagan Datoh merupakan sebuah pekan kecil, biasa di gelar pekan koboi...terletak di daerah Hilir Perak di selatan Perak bersempadan dengan Selangor. Hasil utama adalah kelapa, kelapa sawit, pisang dan hasil laut. Daerah ini merupakan kawasan perkampungan melayu, estet dan kampung nelayan. Pekan Bagan Datoh ini terletak di pinggir muara Sungai Perak yang mengalir terus ke Selat Melaka. Nikmati beberapa gambar menarik di Pekan Bagan Datoh...
Papan tanda selamat datang sebelum anda sampai ke Pekan Bagan Datoh
Bagan Datoh terkenal sebagai lokasi memancing terutama yang meminati memancing ikan sembilang dan udang galah.
Ketika pertandingan memancing Joran Berita Harian di tebing sungai perak di Pekan Bagan Datoh
Pemandangan Sungai Perak dari Jeti
Perkampungan nelayan dari Jeti Bagan Datoh
Pekan Bagan Datoh dari jeti.
Sungai perak dan perkampungan nelayan
Bot nelayan di kampung Pasang Api, Bagan Datoh
Deretan kedai di Pekan Bagan Datoh
Pemandangan Jeti Bagan Datoh
Jeti Bagan Datoh di waktu petang.
Bangunan pasar basah di Pekan Bagan Datoh
Deretan kedai di Pekan Bagan Datoh
Hentian Bas di Bagan Datoh... Bas tambang ini beroperasi membawa penumpang dari Bagan Datoh ke Teluk Intan.
Tebing sungai perak di pinggir Pekan Bagan Datoh dari Jeti
Kalau anda ke pekan Bagan Datoh terutama pada petang Sabtu atau pagi Ahad ada pasar minggu. Yang popular sekali disini adalah sup soto... Cukup enak! Cubalah...
Kalau anda ke pekan Bagan Datoh terutama pada petang Sabtu atau pagi Ahad ada pasar minggu. Yang popular sekali disini adalah sup soto... Cukup enak! Cubalah...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar