Rabu, 17 Oktober 2012

Elak diri dari di perhati....

Apakah itu penyamaran? Mengikut definasi wikipedia, Penyamaran ialah satu kaedah kripsis (mengelak dari diperhati) yang membolehkan sesuatu hidupan atau objek yang nyata menjadi tidak jelas dalam persekitarannya secara perdayaan. Teori penyamaran meliputi pelbagai strategi yang digunakan untuk mencapai kesan penyamaran. 
Dapat anda lihat binatang ini...

Bagi haiwan...Corak warna kriptik ialah bentuk penyamaran yang paling banyak digunakan, iaitu terdapat dalam majoriti spesies. Cara yang paling ringkas untuk haiwan menyamar adalah serupa warnanya dengan persekitarannya.
Seekor katak di atas daun teratai....anda jumpa?

Dalam alam semula jadi, haiwan-haiwan kuat merasai tekanan evolusi untuk berpadu dengan persekitaran atau menyorokkan rupa bentuknya; bagi mangsa untuk mengelakkan ancaman pemangsa dan juga pemangsa untuk mudah menghendap mangsanya.
Ulat ini mempunyai warna dan corak yang cukup sama dengan daun yang membuatkannya umpama halimunan.

 Haiwan pemangsa juga mampu menyamar.

Oleh itu perlunya penyamaran semulajadi melalui pelbagai cara. Selain berpadu dengan persekitarannya, 
Haiwan juga boleh menyamar dengan badannya sendiri sebagai sesuatu yang kurang menarik atau kelihatan berbahaya.
Katak ini dapat menyesuaikan warna kulitnya megikut persekitarannya

Walaupun terdedah...kucing ini masih mampu untuk menyamar...

Ada yang lain yang memasang atau menarik bahan semula jadi untuk menyorokkan badannya.
Sesetengah haiwan penyamar juga meniru pergerakan semula jadi, misalnya daun yang tertiup dalam liar. Ini dipanggil kelakuan atau tabiat prokriptik.

Ikan ini terpaksa mencari lokasi yang sesuai untuk melakukan penyamaran

Kebolehan menyamar juga boleh diatasi oleh kebolehan mengesan haiwan yang menyamar juga sentiasa berevolusi, tetapi dibalas oleh kecirian kriptik spesies penyamar yang juga turut berevolusi.
Berapa ekor kambing yang anda dapat lihat?

Anda nampak rusa itu...? Warna dan rupa tumbuhan sekeliling juga membantu dalam penyamaran.

Bolehkah tumbuhan menyamar? Tumbuhan tidak boleh menyamar...Jika terjadi ianya secara kebetulan atau di sebabkan perubahan fizikal, warna atau bentuk akibat cuaca, keadaan sekeliling ataupun secara semulajadi.
Perhatikan betul-betul gambar ini... Ianya hanyalah helaian daun kering.

Ini pula adalah hasil seni yang juga menggunakan tema penyamaran... Tetapi bukan burung yang menyamar tetapi bagaimana daun boleh mengelirukan pandangan dengan bentuk menyerupai burung...

Begitulah lumrah kehidupan.... kena bijak menyesuaikan diri agar tidak menjadi mangsa ataupun untuk mencari mangsa. Sebagai seorang manusia, menyamar untuk menyelamatkan diri tidak salah tetapi menyamar untuk memperdaya itu yang salah...yang penting ianya adalah kearah kebaikan...

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar