Andai anda ke Melaka...anda pasti akan terlihat Sungai Melaka. Sungai yang cukup bersejarah...disini lah bermulanya kegemilangan Melaka yang dikenali di seluruh dunia. Sungai yang telah menjadi saksi jatuh bangunnya Melaka. Di sungai inilah terletaknya pelabuhan tempat perdagangan terbesar di Asia sewaktu kegemilangannya dan menjadi rebutan kuasa besar dunia ketika itu.
Kini ia tidak lagi berfungsi sebagai pelabuhan tapi ia mula menarik perhatian semula dengan keindahan dan sejarah menjadikan ia satu pekej pelancongan yang sungguh unik.
Sungai Melaka yang bersih dan tenang...menyimpan pelbagai sejarah dan rahsia yang menarik.
Pemandangan menarik di waktu senja di dari Jeti Sungai Melaka.
Melihat keindahan mentari terbenam dari sungai Melaka cukup mengasyikkan.
Salah satu tarikan yang menarik adalah menyusuri sungai Melaka dengan 'Melaka River Cruise'. Ianya sungguh mengujakan kerana sepanjang 4km menyusuri sungai ini ada akan melalui satu pengalaman yang cukup menarik dan unik.
Perkhidmatan yang boleh anda nikmati bermula dari jeti Taman Rempah dimana harga tiketnya RM10 untuk dewasa amat berpatutan dan berbaloi.
Perkhidmatan monorel juga menyusuri tebing sungai ini.
Anda akan menikmati keindahan dan bangunan bersejarah sepanjang tebing sungai Melaka. Pesisir sungai yang di jaga kecantikan dan kebersihannya membuatkan anda seperti berada di Venice.
Menyusuri Sungai Melaka umpama menyusuri sejarah silam. Anda tidak akan dapat nikmati di mana pun di Malaysia yang mampu memberikan pengalaman indah ini.
Perkhidmatan ini hanya berakhir jam 11.00 malam maka anda akan dapat menikmati keindahan susana malam di sepanjang sungai Melaka yang di serikan dengan pelbagai lampu hiasan berwarna warni yang sungguh indah dan menarik.
Terdapat banyak restoren yang mengambil kesempatan dengan keindahan sungai ini dengan menyediakan ruang makan di tebing sungai.
Sungai Melaka tidak lagi sepi...Ia kembali meriah dan menarik. Sungai Melaka semakin mula di kenali dan menjadi sebutan ramai. Satu kenangan dan pengalaman terindah sewaktu menyusuri Sungai Melaka bagaikan mengimbas kembali kegemilangannya suatu ketika dulu.
Anda juga mungkin meminati :
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar