Kamis, 01 November 2012

Eksplorasi #8 - Melaka Bandaraya Bersejarah

Perjalanan kali ini menjejak ke Bandar Melaka...Bandaraya Bersejarah. Melaka yang wujud sejak 1400 M dulu merupakan sebuah negeri yang cukup terkenal dalam sejarah di Tanah Melayu. Semasa era kegemilangannya ianya dikenali sebagai sebuah pelabuhan terbesar dan terkenal menjadi singgahan pedagang dari seantero dunia. 

Kini Melaka masih lagi menjadi tarikan terutama para pelancong untuk menikmati tinggalan sejarah yang masih kekal membuktikan kegemilangan Melaka suatu masa dahulu. 

 
                                       Pemandangan menarik Bandar Melaka dari Hotel Equatorial


 Pemandangan menarik dari Bukit St. Paul
Deretan bangunan kedai bercat merah merupakan identiti unik bandar ini

Relaks Minda anda dan nikmati tempat-tempat dan bangunan-bangunan menarik yang dapat saya kongsikan dengan lensa kamera amatur ini.  

Bangunan Stadthuys menjadi bukti penjajahan Belanda keatas Melaka.

Mercu tanda paling terkenal di Melaka...pintu gerbang A Farmosa iaitu kubu kota Melaka yang di bina oleh penjajah Portugis.

Bukit St. Paul dimana terletaknya gereja St. Paul merupakan antara senibina eropah tertua di asia.

Replika Istana Melaka yang menjadi lambang keagungan Kesultanan Melayu Melaka

Antara lokasi menarik di Bandar Melaka adalah Dataran Pahlawan.

'London Bus' antara tarikan pelancong yang ada di sini

 
Antara pemadangan menarik di sini 

Bangunan Memorial Peristiharan Kemerdekaan

 
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar menggambarkan keagungan pelabuhan dan perdagangan di Melaka suatu ketika dulu.

Muzium Satera yang memberikan penekanan kepada sejarah penulisan dan pengkaryaan bermula dari era awal penulisan, Cerita-cerita Rakyat, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka, Munsyi Abdullah sehingga ke tahap perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden.

Antara tempat menarik di negeri Melaka adalah Taman Mini Malaysia di mana di sini terdapat replika bersaiz sebenar rumah-rumah seluruh Malaysia.

Tempat yang menarik untuk di lawati dan berhampiran plaza tol Ayer Keroh.

Melaka merupakan lokasi percutian yang menarik untuk dinikmati. Banyak sekali tarikan terutama tempat-tempat bersejarah yang lokasinya berhampiran begitu mudah untuk di jejaki. Selain Bandaraya Bersejarah...Lokasi tarikan banyak juga terdapat di Ayer Keroh seperti Zoo Melaka, Taman Buaya, Taman Rama-rama, Taman Mini Malaysia dan bannyak lagi yang lokasinya juga tidak jauh antara satu sama lain.  

Andai anda ke Melaka jangan lupa bawa pulang buah tangan...Belacan dan Cencalok...

Anda juga mungkin meminati :

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar