Sabtu, 10 November 2012

Eksplorasi #11 - Pantai Remis di Jeram, Selangor

Pantai Remis di Jeram, Selangor. Salah satu lokasi tumpuan yang agak popular bagi mereka yang tinggal di Kelang dan Kuala Selangor. Teletak tidak jauh dari jalan persekutuan antara Pekan Kapar dan Kuala Selangor ini mudah untuk anda jejaki. 

Eksplorasi kali ini melihat keindahan petang di Pantai Remis yang cukup meriah di hari minggu.
Pantainya tidaklah mempunyai pasir halus yang memutih, malah airnya pun tidaklah jernih. Memang tidak sesuai untuk mandi-manda. Namun ianya tetap menjadi tumpuan untuk warga kota untuk beriadah.

Di waktu air pasang, sesuai bagi kaki pancing untuk mencuba nasib...Bernasib baik, ikan sembilang menjadi hasil yang lumayan. Di waktu air surut, pantainya kering jauh ketengah...namun ianya hanyalah dipenuhi selut, rezeki mencari kerang, siput, retak dan pelbagai lagi pula menjadi tumpuan.

Waktu saya tiba, air laut tengah pasang...waktu itu cuaca cukup cerah walaupun jam sudah menghampiri pukul 6.00 petang.

Aktiviti yang menarik dilakukan disini adalah bermain layang-layang. Hembusan bayu laut amat sesuai untuk menaikkan layang-layang anda hinggakan tidak terasa terik panas mentari petang.

 Menariknya di sini...Banyak sekali gerai yang menjual pelbagai hasil laut dan tanaman kampung. Harganya pula berpatutan dan boleh di jadikan buah tangan apabila pulang nanti. Restoren dan gerai makan juga banyak dan di buka hingga ke lewat malam. Ya...sudah pasti masakan utamanya masakan laut yang segar. Sesuai untuk anda nikmatinya bersama keluarga.

 Tumpuan dan tarikan utama di Pantai Remis pastinya menikmati keindahan mentari terbenam di ufuk barat. Melihat suasana alam yang bertukar warna dan mentari yang tenggelam umpama di telan laut Selat Melaka cukup indah dan mempersonakan. Kerana ada hal...saya tidak dapat merakam gambar di waktu senja tatkala mentari terbenam namun nikmati keindahan petang di Pantai Remis....
 Laut dan langit bagaikan dipisahkan oleh satu garisan lintang yang lurus...itulah yang di panggil horizon.

Laut Selat Melaka yang berkilau di bawah sinaran matahari.

  Mentari yang terlindung di celah pepohon sungguh memukau pandangan.
 Ombak menghempas pantai bagaikan mengalunkan irama sungguh merdu tanpa mengenal erti jemu...Inilah keistimewaan dan kenikmatan suasana alam di tepi pantai yang amat memenangkan jiwa dan minda.

Apabila kamera tepat kearah matahari, kita akan dapat satu pemandangan umpama di waktu malam di kala bulan mengambang. Sungguh cantik..

Jika anda ke Pekan Kapar, Klang...jangan lupa singgah ke Pantai Remis kerana ianya tidak jauh dari situ. Selain menikmati keindahan matahari terbenam, anda juga boleh menjamu selera dengan masakan laut yang enak dan segar. 

Teruskan eksplorasi anda ke :

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar