Kenali beberapa jenis buah-buahan desa yang menjadi makanan istimewa dan unik sewaktu anda berada di kampung. Buah-buahan tempatan ini mungkin tidak popular tetapi sebaik sahaja anda melihatnya pasti saja akan mengimbau kembali saat manis di kampung yang cukup indah dengan memori yang jika di kenang anda pasti akan tersenyum sendiri.
Relaks minda anda sambil menikmati buah-buahan tempatan yang menjadi makanan yang diingati dan dicari apabila di desa...
Buah belimbing buluh, sedapnya di campur dalam masak lemak cili padi.
Gambar kiri : Buah gajus...Pucuknya pun enak di buat ulam
Gambar kanan : Buah kerdas, ulam yang rangup tapi baunya...kalah jering!
Buah Roselle tempatan...Pucuk nya pun sedap di makan.
Gambar kiri : Buah timun pipit... ainya sebesar ibu jari, enak di makan begitu sahaja. Bila masak berwarna merah seperti cili. Gambar kanan : Buah petai belalang...sedap di masak sambal tumis.
Buah sukun...goreng pun sodap.
Buah pinang...Mungkin tidak di cari tapi teringat akan nenek atau onyang...Sekarang semakin mahal harganya.
Gambar kiri : Buah kedondong...semakin biasa menjadi tanaman di halaman rumah di bandar.
Gambar kanan : Buah peria katak...Ubat terbaik untuk kencing manis dan darah tinggi.
Buah rumia...rasa masam-masam manisnya sungguh mengasyikkan.
Gambar kiri : Buah pisang udang...mempunyai kisah dongeng yang misteri
Gambar kanan : Buah kacang parang...masak satu pun cukup untuk makan 4 orang.
Mungkin di tempat anda buah-buah ini di panggil dengan nama yang lain...Cer cite...
Anda juga perlu lihat :
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar