Selasa, 13 November 2012

Zaman Kanak-Kanak Generasi X...

Zaman 70an hingga hujung 80an merupakan zaman di mana generasi x mula membesar. Jika anda tergolong dalam generasi ini pasti anda telah melalui suatu pengalaman yang cukup menarik kerana di waktu itu adalah tranformasi ke arah kemodenan. Banyak sekali memori indah yang tidak akan berulang lagi buat kanak-kanak di zaman milinium ini.

Kita sorot kembali kenangan di zaman itu dengan melihat kembali pelbagai barangan dan makanan yang menjadi  kegilaan dan kegemaran di waktu itu. Mungkin ada diantaranya masih ada sekarang ini tapi mungkin sukar untuk di dapati. 

Kamera slight...Permainan yang cukup canggih zaman 80an, cenderahati popular yang di bawa pulang dari Mekah.

Dua jenis lampu yang cukup berharga sekarang ini. Lampu yang cukup besar jasanya dan penuh dengan memori.

Rokok tembak...rokok paling glamor 

 Biskut yang cukup enak dengan perisa pedas manis...biskut kapal terbang.

Air berkabonat yang cukup popolar di hari raya dengan pelbagai perisa.

Susu tepung yang terkenal suatu ketika dulu...mungkin juga anda membesar dengannya.

       Gambar kiri : Minyak rambut kegilaan budak-budak remaja...pasti tak gerak!
       Gambar kanan : Gula-gula getah yang menjadi kegilaan kanak-kanak

Pernahkah anda pegang duit ini? Apa gambar sebelah belakangnya?

Gambar kiri : Pemadam pen..sampai koyak kertas nak memadamnya...
Gambar kanan : Pensil unik ini amat di minati oleh pelajar sekolah. Anda pasti tersenyum sendiri.

Ini lah alat sumber perantaraan ilmu yang cukup berjasa 

Gambar kiri : Gula-gula getah yang popular
Gambar kanan : Mainan kanak-kanak perempuan...dulu mana mampu nak beli patung barbie

Gambar kiri : Pistol mainan yang menjadi kenangan buat tembak cicak.
Gambar kanan : Belon yang menjadi kegemaran...budak sekarang mana tau.

Gambar kiri : Mainan pistol air yang sungguh menyeronokkan...selalu kena marah kalau main ni.
Gambar kanan : Pernah anda guna minyak rambut ini? baunya hanya yang pernah guna saja tahu.  

Bedak yang paling popular 

Sabun yang paling unik baunya

Gula-gula yang sangat enak...pembalut sebelah dalamnya boleh di makan sekali, cair dimulut!

Semoga anda tersenyum ceria sambil mengimbas kembali kenangan terindah di waktu zaman kanan-kanak anda. Pasti banyak lagi benda yang anda boleh anda kongsikan bersama.... cer cite...


Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar