Minggu, 23 Desember 2012

Pembangunan dan Perubahan Masjidil Haram, Mekah

Masjidil Haram...masjid suci dan utama bagi umat Islam. Di sini terletaknya Kaabah, merupakan titik tumpuan iaitu kiblat bagi umat Islam seluruh dunia. Kaabah mula di bina oleh Nabi Adam manakala Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail mula membina masjid di sekitarnya. Masjidil Haram yang terletak di Mekah ini telah mengalami perbagai perubahan dan pembangunan seiring dengan zaman. Ianya perlu bagi memenuhi keperluan dan keselesaan umat Islam yang semakin bertambah terutamanya apabila musim Haji tiba.

Dari sumber gambar yang telah saya dapat dari internet...kita lihat bagaimana perubahan Masjidil Haram dan kota Mekah amnya yang berkembang begitu pesat sekali pembangunan terutama di abad ini. Lihatlah  juga bagaimana dari sebuah bangunan Masjid yang berbentuk segi empat umpama pagar yang memagari Kaabah di tengahnya ini mengalami perubahan bentuk dan rupa...


Gambar kiri merupakan lakaran Masjidil Haram pada kurun ke 16 dan gambar kanan merupakan gambar terawal yang dapat di rakam kira-kira di penghujung tahun 1800 yang telah di warnakan.

Kelihatan banyak binaan di keliling Kaabah.  Antaranya telaga zam zam, Makam Nabi Ibrahim dan Hijir Ismail.

 
 
 
Kebanyakan binaan di keliling kaabah mula di buang dan Masjid di keliling kaabah mula di besarkan dengan binaan bangunan 2 tingkat. Pembesaran yang paling membawa perubahan ini berlaku pada tahun 1955 yang membuatkan pertambahan saiz masjid sebanyak 8 kali ganda.

 
 
 
Masjidil Haram semakin besar dan lebar. Pembesaran masjid lebih tertumpu di keliling luar masjid dan laluan saie manakala sebelah dalam di lakukan pembaikan dataran sekeliling kaabah yang semakin tampak lapang, luas dan selesa.

 
 
Lihat perubahan dan pembesaran masjid yang sungguh menakjubkan. Gambar ini pada tahun 2005. Walaupun pembinaan dan pembesaran di lakukan, keindahan senibina dan rekabentuknya masih di kekalkan. Kini terdapat 4 menara berkembar satu menara tunggal bagaikan pengawal di keliling masjid.

Ini merupakan gambar terkini Masjidil Haram... Walaupun pembesaran telah dilakukan ianya masih belum dapat menampung jemaah yang berkunjung di musim haji sehinggakan kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah bagi setiap negara bagi mengawal kesesakan setiap kali musim haji. 


Lihatlah kepesatan pembangunan Masjidil Haram dan Kota Mekah. Dari hanya sebuah tanah yang gersang dan tandus menjadi sebuah kotaraya yang cukup maju dan membangun. Pembangunannya tidak berakhir disini...pelbagai pelan perancangan pembangunan dan penambahbaikan akan terus berlaku di sini. Kita lihat sahaja nanti bagaimana pula nanti rupa Masjidil Haram dan lanskap Kota Mekah ini akan berubah dalam 10 atau 20 tahun akan datang.

InsyaAllah...Satu hari nanti akan ku jejak kan kaki ku di sini...

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar