Rabu, 09 Januari 2013

Post #19 - Keindahan Senibina Masjid...

Cukup indah senibina masjid hasil dari rekaan dan binaan arkitek Islam. Sungguh luarbiasa hingga di jadikan rujukan setiap insan. Kehalusan, keindahan dan ketepatan senibina yang mempersonakan ini menjadi kebanggaan seluruh umat Islam. Bangunan yang menjadi tempat ibadat, ilmu, perpaduan dan ukhwah bagi setiap umat Muhammad di sesebuah kawasan atau komuniti di seluruh pelusuk dunia.

Bersama Relaks Minda, kita menjelajah lagi ke seluruh dunia untuk menikmati dan mengenali keindahan senibina masjid yang sungguh menarik dan unik rekaannya dimana seringkali rekaan senibina Timur Tengah menjadi pilihan namun  ada yang menggabungkannya dengan unsur budaya senibina setempat untuk kelainan.

Masjid Schwetzinger di Jerman

Masjid Rajbibi di Rajshahi, Bangladesh

Masjid Sabanci di Adana, Turki

Masjid Samarra di Samarra, Iraq

Masjid Samarinda di Kalimantan, Indonesia

Masjid Saparmurad Hajji di Ashgabat, Turkmenistan

Masjid Sankore di Timbuktu, Mali

Masjid Sayyeda Zeinab di Damascus, Syria

Masjid Al-Mawaddah di Sengkang, Singapura 

Masjid Sehzade di Istanbul, Turki

Masjid Besar Selong di Lombok, Indonesia

Masjid Shait Gumbad di Bangladesh

Masjid Shah Jehan di Thatta, Pakistan

Masjid Shakhi Zindeh di Samarkand, Uzbekistan 

Senibina dan rekabentuk masjid sebenarnya bebas, tidak tertakluk kepada sebarang garis panduan namun ianya mesti sesuai dengan fungsi dan keselesaan sebagai tempat ibadat dan komuniti. Rekaan dan hiasannya juga tidak boleh menyimpang dari ajaran dan kepercayaan yang telah di gariskan oleh agama Islam.


Bersama kita doakan.... Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin.

Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah di seluruh dunia:
- Post #18 - Keindahan Senibina Masjid
Post #17 - Keindahan Senibina Masjid


Admin...

1 komentar: