Selasa, 22 Januari 2013

Rekaan Kerusi & Meja - Kreatif, Menarik & Unik...3

Kerusi dan meja merupakan satu keperluan yang wajib ada di setiap rumah atau pejabat. Rekaan konvensional kerusi dan meja sering kali memberi masalah jika ruang yang anda ada begitu terhad. Kadangkala rekaan tersebut juga tampak membosankan dan terlalu biasa. Anda pasti mahukan sesuatu yang menarik, luarbiasa, simple dan mengujakan untuk tetamu anda. 

Kreativiti rekaan kerusi dan meja begitu pantas berubah dan pelbagai. Relaks Minda anda dan nikmati beberapa lagi rekaan yang pasti mengujakan anda dan tetamu malah ada yang dapat menyelesaikan masalah ruang yang anda hadapi. 

Rekaan yang sesuai sekali di ruang pejabat mahupun rumah anda yang begitu terhad ruangnya. Ianya boleh di simpan begitu kemas di rak sehinggakan tiada siapa akan menyedari kewujudannya. 

Ini juga hampir seperti rekaan di atas tetapi ianya hanya dapat menyorokkan meja di kerusi sofa tersebut. Jika anda suka baring-baring di ruang tamu...sofa ini sesuai untuk anda kerana ianya dapat menyimpan meja dengan kemas sekali.

Rekaan kerusi umpama puzzle yang boleh di cantum-cantum. Satu rekaan yang menarik untuk menampakkan kelainan kepada rekabentuk biasa sebuah kerusi.

Sofa ini sesuai untuk siapa ye?... Mungkin bagi mereka yang tidak memerlukan rak... Anda boleh sumbat saja segala benda di ruang kocek yang begitu banyak berada di sekeliling sofa. Silap-silap boleh jadi tempat sampah pula..hehe.

Kerusi pada meja yang boleh berfungsi dua arah. Menarik juga dan kreatif. 

Saya suka mengadap labtop sambil menonton tv. Selalunya bersila dengan labtop di meja tamu. Dengan adanya rekaan sofa seperti di atas, dapatlah saya duduk di sofa dengan selesa sambil menonton tv dan mengadap labtop dan berbelog. Rekaan yang amat sesuai untuk saya dan mungkin juga anda.

Sudah bosan dengan rekaan kerusi yang seringkali berbentuk empat segi dan berkaki... Rekaan ini tampak begitu menarik dan mempunyai nilai seni yang cukup tinggi. Letakkan sahaja di manapun, pasti ruang akan nampak kelainannya, menarik, kreatif dan moden.



Dua rekaan yang hampir serupa. Anda tidak perlu ruang atau sudut tertentu untuk di jadikan ruang bacaan yang memerlukan anda meletakkan rak, kerusi dan meja. Rekaan 2 dalam 1 ini dapat menjadikan sudut bacaan anda hanya di sebuah kerusi. Jimat ruang dan belanja. Sesuai juga diletakkan di ruang menunggu di pejabat anda. Namun pastikan tiada bacaan berunsur agama di bawah bahagian yang anda duduk!

Rekaan kerusi rehat ketika bersantai yang boleh di buai... Menarik dan tampak moden dan kreatif. 

 Kerusi di taman yang di reka sesuai untuk duduk berehat malahan juga sesuai untuk anda melakukan tugas. Pelajar juga pasti suka untuk belajar atau mengulangkaji pelajaran kerana ianya selesa sambil dapat menikmati suasana alam sekitar dan udara luar yang segar.

Rekaan-rekaan yang menarik dan kreatif ini memerlukan idea dan kreativiti yang tinggi. Seseorang yang mampu berfikir di luar dari kebiasaan. Satu anugerah kemahiran yang tidak di miliki oleh setiap insan. Anugerah yang di beri oleh Allah SWT kepada insan-insan tertentu...Bersyukurlah kepada sesiapa yang memilikinya...dan bersyukur juga kita kerana dapat menikmatinya. 
Sesungguhnya kita ini hanyalah insan yang lemah, segalanya adalah dariNya dan hak milikNya...

Jangan tanya saya pula mana nak dapat rekaan2 tersebut...ianya koleksi gambar dari pelbagai sumber untuk pengetahuan saya dan anda tentang kepelbagaian rekaan kerusi yg menarik.
Ingin lihat lagi...teruskan di :
Rekaan Kerusi & Meja - Kreatif, Menarik & Unik...2
Rekaan Kerusi & Meja - Kreatif, Menarik & Unik
Cetusan Kreativiti

Admin...

1 komentar: