Sambutan Tahun Baru 2013 di I-City, Shah Alam... Jom kita tengok! Apa yang menariknya...
(klik gambar untuk besarkan)
Belum pernah seumur hidupku menyambut tahun baru...Tapi kali ini aku alah dengan pujukan anak buahku si Azim untuk menikmati sambutan tahun baru di i-city, Shah Alam. Bukan tidak suka tapi aku dah dapat bayangkan kesesakan yang akan aku tempuhi...suatu suasana yang paling aku tidak gemari.
Pukul 9.30 malam aku sampai di Shah Alam. Seperti yang telah aku jangka, nak masuk simpang ke I-City sahaja dah jem teruk. Aku teruskan juga, alang2 dah sampai... Mencari parking satu masalah besar. Kiri kanan jalan dah penuh kereta parking... Kebetulan pula ada pasar malam...mmm...bertambah2 teruklah jem. Aku masuk simpang sebelah pasar malam... Jauh juga, akhirnya dapat parking di simpang penghujung apartment berdekatan. Menapaklah dekat 1km ke I-City, tak kesahlah asal anak buah aku happy!
Menjengah pintu I-City lebih kurang jam 10.40malam. Ramainya umat manusia...nak berjalan pun payah. Tak pernah aku ketahui bahawa begitu punya ramai orang datang untuk menyambut tahun baru. Malam yang tidak serupa malam... Suasana sungguh happening sekali...
Bila orang ramai sangat dan sesak ni, aku mulalah boring... Tapi ikutkan jerlah kehendak anak buah aku yg sorang ni. Bila dah ramai sangat...nak bergambar pun payah. Setiap ruang dan ketika ..ada sahaja lah yang berposing. Cahaya flash dah macam lampu kelip2...tak henti2. Suasana pula tidak sunyi kerana di pentas ada persembahan oleh ramai artis. Anak buah aku ni xsuka duduk diam jadi lalu jer la...
Nampak pula ada permainan ni... Aku pun bagilah dia layan kejap...
Di bahagian taman adalah lokasi seterusnya... Setiap ruang penuh dengan manusia yang aku perhatikan sedang menikmati malam yang indah di bawah sinaran pepohon neon/led yang pelbagai warna. Ada yang bergerak tanpa arah seperti aku la... Ada yang berposing, ada yang lepak bersembang, ada yang duduk di tanah/rumput beralaskan kertas dan pelbagai gelagat dan aksi dapat ku lihat. Seronok pula tengok pelbagai gelagat manusia ni...dan aku tahu yang aku juga sedang di perhatikan.
Memang tidak di nafikan...keindahan pepohon lampu led ini sungguh cantik dan menarik. Pelbagai rupa gubahan lampu yang menarik dan kreatif sekali. Ini adalah kunjungan pertama aku kesini...sungguh teruja aku melihat lampu2 ni. Berapalah agaknye bil letrik diaorang ni? Untung TNB.
Anak buah aku pula aku lihat bukan main seronok melihat lampu2 yang cantik dan berwarna warni ini. Berlari2 kesana sini...aku pulak yang tak senang melihat gelagatnya...bukan apa, takut terjatuh atau terlanggar orang... Aku lihat semua kanak2 begitu gembira sekali bermain sambil berkejar kejaran. Kalau dulu masa kanak2 jangan harap dapat main atau keluar rumah waktu malam begini.
Ada pula permainan kuda nih! Apa lagi layan jer lah kehendak si Azim ni.
Tapi yang buayan ni...aku tak bagi dia naik, risau lak aku. Tengoklah gelagat kanak2 ni...bermain belon buih. Memang tak terasa yang sekarang ni dah lewat malam... Meriah jer suasananya...
Aku tak pernah sambut tahun baru apatah lagi berada di lokasi yang ramai manusia ni, di tengah malam pulak tu. Inikah namanya keseronokan? Bagi aku... tak le seronok pun. Sesak, buang masa, letih dan nasib baik tak hujan. Hiasan lampu jer yang menarik pandanganku.
Kadang2 terfikir juga... masa kecil dah di ajar keluar tengah malam...kalau dah besar tidak hairan lah mereka ini tak duduk rumah di waktu malam. Patutkah aku bawa Azim? Ini mungkin kali yang terakhir... Jika ada pun mungkin aku akan bawa ke Majlis Sambutan Tahun Baru seperti di Dataran Kemerdekaan... Lebih bermakna dan penuh pengisian bersama Ustaz Azhar Idrus... Sekarang dah terlewat...layan jer le...
Di I-City pun ada roda ferris yang besar! Menarik juga kalau naik ni...tapi lain kalilah...aku tengok yang berbaris punyalah panjang.
Jam sudah menghampiri jam 12.00 malam, Aku dengan Azim lepak kat parking motor sambil menantikan detik 12 malam. Countdown beramai-ramai di ketuai oleh Nabil RL di pentas utama. Tepat jam 12 malam... Sebenarnya...inilah saat yang dinantikan...pertunjukan bunga api... Dapat jugalah aku snap untuk tatapan anda..Kejap jer! Tak menarik sangat.
Selesai pertunjukan bunga api...aku dan Azim segera bergerak pulang. Bagaikan satu gerombolan tentera semut, manusia bergerak keluar dari I-City.... Sampai kat kereta dah 12.30...bergerak sahaja 10 meter, jem lagi... Akhirnya pukul 2.00 pagi baru sampai rumah. Fuh! letih dan ngantuk giler aku. Azim nih tak rase ngantuk ke...aku tengok dia masih segar dan tak habis2 bercerita pasal kat I-City... Aku tahu...cerita itu akan terus berulang-ulang paling tidak kurang pun seminggu...hehe..asal ko happy...Ini mungkin kali pertama dan terakhir aku dan Azim sambut tahun baru.
Bagi aku...sambutan pertama kali tahun baru...Macam aktiviti buang masa dan meletihkan. Kalau saja nak pergi sendiri, memang aku tak pergi. Baik aku duduk rumah lagi bagus! Selamat Tahun Baru 2013 kepada anda semua... Azam tahun baru aku... Tidak sesekali lagi pergi ke Acara Sambutan yang tak berfaedah, membuang masa, menyesakkan dan meletihkan seperti ini lagi...
Teruskan eksplorasi anda ke :
Admin...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar