Kembali lagi...Perjalanan di MAHA 2012 di teruskan pula ke Laman Pameran Flora. Di sini pelbagai bunga-bungaan di pamerkan di taman yang di reka dengan cantik. Puas menatap kecantikan bunga yang pelbagai bentuk dan warna di taman orkid, bunga raya, helicornia dan Plumeria. Ketika ini mentari tegak di kepala...kira2 jam 2.00 ptg. Panas giler... Rehat sekejap berteduh sambil itu terus menunaikan solat zohor. Banyak surau sementara di sediakan untuk kemudahan solat.
(klik gambar untuk besarkan)
Selain pameran...banyak aktiviti lain yang menyeronokkan di sediakan seperti menunggang kuda, paintball, funfair dan macam-macam lagi. Sesuai untuk anda sekeluarga bergembira sambil menikmati pameran yang disediakan. Tidaklah bosan sangat....kanak-kanak pasti teruja.
Setelah solat...aku terus bergerak ke Laman pameran perikanan. Disini di pamerkan pelbagai pameran ikan, produk, teknologi, sejarah dan makanan berkaitan perikanan. Tarikan utama pastilah rangka paus asli yang sangat besar yang di jumpai mati di pantai terengganu di pamerkan.
Selain itu penyu hidup, ikan lumba2 dan dugung yang diawet juga menarik untuk di lihat di samping pelbagai spesis ikan di akuarium yang pelbagai bentuk dan warna.
Selain pameran...pertandingan memancing ikan dan udang juga di adakan. Hadiah wang tunai yang agak lumayan juga disediakan buat pemenang.
Puas melihat hidupan, aku berjalan pula ke Laman sayuran dan herba di sebelahnya sahaja. Tempat yang paling teruja untuk aku lawati. Melihat pokok sayuran dan buah-buahan yang subur tumbuh secara 'live' sangat menarik...geram! macam nak petik aje.
Lihatlah buah labu,petola dan timun yang bergayutan...sungguh menarik. Puas rasanya dapat menikmati keindahan tanaman yang subur menghijau dan buah-buah yang segar...tercapai hajat aku.
Taman herba yang memberikan pengetahuan rupa pokok-pokok herba yang terdapat di Malaysia. Banyak juga yang aku dapat kenali di sini.
Lama juga aku di sini...seronok dan puas. Aku bergerak ke bahagian Agrobazaar di mana di sini terdapat banyak gerai menjual pelbagai buah-buahan, pokok buah-buahan dan bunga. Nikmati bunga-bungaan yang menjadi rakaman lensa ku di sini. Bagi aku ianya sukar di lihat selalu...
Puas berjalan sambil menikmati bunga-bunga yang pelbagai rupa dan warna. Sempat jugalah membeli sepokok anak pokok pelam untuk ku tanam di hadapan rumahku nanti.
Banyak lagi lokasi yang aku belum pergi ni...kaki dah lenguh. Panas pulak tu... Jadi aku 'decide' untuk pergi ke bahagian pameran ternakan. Bahagian pameran Nenas, Padi dan Jentera aku tak lalu nak pergi dah. Lain kalilah. Bahagian pameran ternakan dekat dengan parking jadi senang untuk aku terus balik nanti.
Di bahagian pameran ternakan menggunakan tema country atau cowboy. Semua petugas dan bahagian pameran seperti di dunia cowboy...menarik!
Pelbagai haiwan ternakan di pamerkan. Kalau tengok lembu...punyalah besau! Sekor boleh buat kenduri 3 hari 3 malam.
Dah letih sangat...kaki lenguh. Badan dan berpeluh...Tak lalu nak tengok binatang lain lagi... Aku pun bergerak balik, waktu itu jam dah menghampiri jam 5.15 ptg. Namun dalam hati cukup puas...walaupun tidak dapat meneroka keseluruhan pameran di MAHA 2012 ini. Insyaallah aku akan kembali lagi 2 tahun lagi untuk pameran MAHA 2014 pula. Banyak ilmu dan pengetahuan yang aku dapat pelajari.
Selamat tinggal MAHA 2012...
Pemandangan menarik di tasik sebelah plaza tol Saujana Putra. Dalam perjalanan balik singgah sekejap untuk sembahyang asar. Terima kasih kerana sudi bersama saya...
Teruskan eksplorasi anda ke :
Admin...