Kamis, 24 Januari 2013

Post #21 - Keindahan Senibina Masjid

Masjid... Sebuah bangunan atau binaan yang di bina sebagai tempat ibadat bagi umat Islam di sesuatu kawasan. Fungsinya tidak terbatas sebagai tempat ibadat, ia juga merupakan tempat bagi pembelajaran dan pengembangan ilmu dan rujukan umat Islam. Sebagai tempat di mana umat Islam berkumpul maka ia juga menjadi tempat di mana aktiviti sosial dan ukhwah di jalankan. 
Ianya menjadi lambang perpaduan dan kekuatan umat Islam.

Senibina masjid cukup indah dan menarik dengan sentuhan seni dan budaya Arab mahupun tempatan. Rekabentuknya yang begitu indah dan mempersonakan menjadi bukti kepandaian dan kemahiran umat Islam dalam bidang senibina dan rekacipta serta kesenian yang sungguh tinggi, bermutu, unggul dan kreatif

Nikmati dan saksikan beberapa lagi buah masjid yang terdapat di seluruh dunia di dalam koleksi kali ini yang sangat indah dan begitu menarik sekali rekaan dan senibinanya. 
Masjid Kubah Emas di Depok, Jawa Barat, Indonesia

Masjid Quba di Madinah, Arab Saudi

Masjid Besar di Brussels, Belgium

Masjid Tatarian di Bohoniki, Poland

Masjid Roman di Rom, Itali

Masjid Negeri di Doha, Qatar

 
Masjid Tzisdarakis di Monastiraki, Greece

Masjid Besar Ufa di Bashkortostan, Rusia

Masjid Umayyad di Damascus, Syria 

Masjid Wadi Al Hussein di Narathiwat, Thailand 

Masjid Wazir Khan di Lahore, Pakistan

Masjid Pusat Islam di Vienna, Austria

Masjid Huajuexiang di Xian, China

Masjid Bohoniki di Podlasie, Poland

Masjid di Jeddah, Arab Saudi

Senibina dan rekabentuk masjid sebenarnya bebas, tidak tertakluk kepada sebarang garis panduan namun ianya mesti sesuai dengan fungsi dan keselesaan sebagai tempat ibadat dan komuniti. Rekaan dan hiasannya juga tidak boleh menyimpang dari ajaran dan kepercayaan yang telah di gariskan oleh agama Islam.
Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang...marilah kita bersama-sama mengimarahkannya... 

Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah di seluruh dunia:
- Post #20 - Keindahan Senibina Masjid
Post #19 - Keindahan Senibina Masjid.
Post #18 - Keindahan Senibina Masjid

Bersama kita doakan.... Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin.

Admin...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar