Kamis, 17 Januari 2013

Post #20 - Keindahan Senibina Masjid....

Masjid terdapat di seluruh pelusuk dunia. Pelbagai bentuk dan rupa senibina masjid dapat kita lihat. Rumah Allah ini menjadi lambang keagungan agama Islam di mana jua ia di bina. Kesenian dan keunikan rekabentuknya menggambarkan adunan kesenian Islam, Timur Tengah dan budaya setempat yang sungguh mengagumkan dan mempersonakan.

Tidak kira dimana jua ia dibina dan bagaimana rupa bentuknya....Fungsinya tetap sama iaitu sebagai tempat ibadat, ilmu, perpaduan dan ukhwah bagi setiap umat Muhammad. Kita nikmati dan kenali beberapa lagi masjid yang terdapat di seluruh dunia. Relaks Minda anda dengan keunikan dan keindahan senibina yang menarik ini...   

Masjid Sultan Ahmed di Istanbul, Turki

Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, UAE

Masjid Sinan Pasha di Prizren, Kosovo

Masjid Songjiang di Shanghai, China

Masjid Soofie di Ladysmith, Afrika Selatan

Masjid Suffa Tul-Islam di Bradford, United Kingdom

Masjid Suleiman di Istanbul, Turki

Masjid di Stockholm, Sweden

Sultan Omar Ali Saifuddin di Bandar Seri Begawan, Brunei

Masjid Sultan Qaboos di Muscat, Oman

Masjid Sultan di Singapura

Masjid Agung Baitul Makmur di Meulaboh, Indonesia

Masjid Taj Mahal di Agra, India

Masjid Tatar di Constanta, Romania  

Senibina dan rekabentuk masjid sebenarnya bebas, tidak tertakluk kepada sebarang garis panduan namun ianya mesti sesuai dengan fungsi dan keselesaan sebagai tempat ibadat dan komuniti. Rekaan dan hiasannya juga tidak boleh menyimpang dari ajaran dan kepercayaan yang telah di gariskan oleh agama Islam.

Lihat lagi keindahan senibina masjid yang berdiri megah di seluruh dunia:
- Post #19 - Keindahan Senibina Masjid.
Post #18 - Keindahan Senibina Masjid
Post #17 - Keindahan Senibina Masjid


Bersama kita doakan.... Ya Allah! selamatkan lah umat Islam Palestin dan Masjid Al Aqsa...Amiin.
Admin...

1 komentar:

  1. Wahai reny faty...kalau nak copy paste artikel tu, sudilah kiranya letakkan link sumber asalnya. Bagilah kredit, susah payah saya mengarang.

    BalasHapus