Sabtu, 20 Agustus 2011

10 Malam Terakhir di bulan ramadhan




Mungkin kata orang 10 ramadhan yang terakhir ni sudah terlambat untuk bertaubat. Merubah diri dari kekafiran kepada muslim mukmin yang sejati.  Tetapi adakah kita tahu bahawa fadhilat tentang 10 malam terakhir ini ???


        10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.


"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (al-Qadr: 1-5)


Rasulullah s.a.w bersabda, “Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” Riwayat Bukhari.


Sekarang kita sudah tahu apa yang ada pada 10 malam terakhir ramadhan. Jadi, marilah sama-sama kita berjuang untuk mencari dan menghayati isi kandungan yang ada pada 10 malam terakhir ini.... iaitu Malam Lailatul Qadr.....


sumber :http://generasimujahid.blogspot.com/2011/08/10-malam-terakhir.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar