Di negara kita, basikal bukanlah alat pengangkutan barangan, disini ianya hanyalah kenderaan untuk membawa kita ke suatu tempat, beriadah atau bersukan sahaja.
Di sesetengah negara, ianya cukup berguna untuk mengangkut barangan...lihatlah seperti gambar dibawah yang mana hampir kita tidak terfikir pun ianya digunakan untuk mengangkut barang yang sebegitu besar dan banyak.
Demi mencari rezeki... Mereka terpaksa menggunakan satu-satunya pengangkutan yang mereka ada...dengan basikal, mereka akan cuba membawa seberapa banyak yang mereka mampu. Kreativiti dan keseimbangan amat diperlukan.
Begitulah lumrah kehidupan. Tiada yang mustahil jika sudah tiada pilihan. Sejujurnya...amat kagum dengan apa yang mereka lakukan...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar