Selasa, 25 September 2012

Masjid di Negeri Melaka


Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka TengahMelaka. Ia dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga adalah masjid yang kedua tertua di Malaysia selepas Masjid Kampung Hulu di Melaka.
Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari KalimantanIndonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.
Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhamad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.


Masjid Selat Melaka adalah sebuah masjid yang indah yang dibina diatas tanah tebus guna iaitu Pulau Melaka yang terletak berhampiran Bandar Melaka. Ia kelihatan seperti masjid terapung apabila air laut pasang. Pembinaannya menelan belanja lebih kurang RM10 juta. Dibuka secara rasminya pada 24 Nov 2006 oleh DYM Yang Dipertuan Agung Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar