Minggu, 30 September 2012

Gelagat manusia dan basikalnya...

Pelbagai ragam manusia dengan basikal. Ada yang unik, pelik, kreatif dan ada yang mencuit hati,.... Relaks seketika, lihat gelagat manusia dengan basikalnya...

Sungguh menakjubkan... Dengan basikal, boleh membawa begitu banyak batu-bata!

Ini dia kuda kepang moden. Macam kenal je ekor tuuu...

 Ini pula, idea yang bagus!...boleh kayuh terus masuk Tesco...ha!ha!ha!

Sebelum dia dapat kemahiran ini, entah berapa banyak la pinggan mangkuk yang telah pecah!

Termampu ke nak kayuh ni....

Mini Cooper mesra alam.... Boleh pengsan nak kayuh bawak penumpang ni...

Basikal canggih....hanya wujud waktu banjir aje!

Illusi Optik Distorsi...

Salah satu illusi optik adalah bila mata kita tertipu dengan dimensi. Mata kita melihat seolah-olah ada perbezaan tapi sebenarnya adalah sama. Ianya dipanggil ilusi distorsi. Anda lihat gambar-gambar berikut dan anda dapat lihat bagaimana mata kita tertipu lalu minda mentafsirkan ianya tidak seperti yang realiti:

Point A-B kelihatan lebih panjang dari Point A-C. Cuba anda ukur...ianya adalah sama. 

Kedua-dua bola tersebut adalah sama saiz. Mata kita diperdaya dengan dimensi jarak. 

Apa perbezaan antara 2 gambar ini? Ya...Tiada beza sebenarnya.  Cubalah ukur kepanjangan dan jarak antara garisan lurus tersebut untuk kepastian.

Menara Pisa sebelah kanan kelihatan lebih condong dari yang sebelah kiri... Tidak! Sebenarnya gambar kedua-duanya adalah sama. Ukurlah kecondongan kedua-duanya anda pasti dapat jawapannya. Bagaimana mata kita boleh menipu minda kita? Soalan yang tidak terjawab hingga kini...

Keindahan Taman Bunga ...

Hari penuh indah jika anda mulakan dengan kesegaran dan ketenangan. Taman bunga yang cantik berwarna warni memberi keceriaan dan kedamaiannya memberi keamanan minda...



Sehelai kertas putih...

Kalau dah kreatif...dengan hanya sehelai kertas putih pun boleh menghasilkan karya seni yang amat menarik... Hanya perlukan sebilah pisau dan daya imaginasi... maka terhasillah...












Nampak mudah tapi ianya memerlukan seseorang yang cukup kreatif dan tinggi daya imaginasi...

Sabtu, 29 September 2012

Karya seni 3D...

Hasil seni yang kreatif ini adalah lukisan dijalanan, jika dilihat dari sudut yang betul ianya akan kelihatan dalam tiga demensi. Ianya memerlukan ukuran yang tepat untuk kelihatan seperti ianya nyata.  

Berikut beberapa contoh lukisan 3D di jalanan... Menarik! Cuma di Malaysia rasanya belum ada seniman yang melakukannya...












Ketinggian daya imaginasi dan ukuran perspektif yang tepat sangat diperlukan dalam menghasilkan lukisan tersebut. Karya seni amat menarik sekali...



Relaks minda dihari minggu...

Relaks minda anda di hari minggu... Nikmati percutian di tempat yang mendamaikan dan menenangkan jiwa. Keindahan alam yang menakjubkan....memberikan anda suasana segar dan aman. Berilah kerehatan yang secukupnya kepada jasmani dan rohani agar anda akan lebih cergas dan cerdas. 



Jumat, 28 September 2012

Iklan yang Seksi!

Iklan bertujuan untuk mempromosi, memberi kesedaran atau amaran. Cara ianya di iklankan mestilah menarik dan menjadi perhatian. Ianya tidak semestinya penuh dengan informasi kerana manusia tidak suka sangat membaca ayat yang meleret-leret. Iklan perlulah "simple" dan bergambar kerana ianya lebih mudah, jelas dan mudah difahami. 

Contoh seperti gambar di atas....ianya hanyalah sekeping kertas kosong!  Ianya bukanlah gambar **** Contoh berikut adalah iklan yang mengambil tema seksi sebagai daya penarik... 

Dengan meniru gaya posing, monyet ini berlagak seksi. Seksi ke?

Bagaimana aiskrim magnum ini di gambarkan seksi.

Iklan kasut yang berjaya menjadi seksi

Lumrah manusia suka melihat yang terdedah dan seksi...ianya menjadi subjek yang bagus dalam menghasilkan iklan yang mampu menarik perhatian.


Admin...

Masjidil Haram..

Melihat kembali keadaan Kota Mekah, khususnya Masjidil Haram suatu ketika dulu. Kiblat umat islam iaitu Kaabah. Masjidil Haram melalui proses pembesaran, pemodenan dan tranformasi yang cukup pesat jika di bandingkan dengan keadaannya sekarang. Koleksi gambar ini dapat menjadi kenangan, rujukan serta gambaran Masjidil Haram suatu masa dulu. 








Roda Kehidupan ini...

Roda kehidupan...beginilah lumrahnya, hidup didunia ini hanya sementara. Amat singkat! 24 jam satu hari berlalu terlalu pantas. Bersediakah kita jika esok ajal menjemput kita? Cukupkah bekalan yang akan kita bawa di alam barzah dan akhirat nanti? Masa akan terus berlalu dan ajal tidak menunggu kita... 


Sebagai panduan dalam mengharungi roda kehidupan ini, Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara :
1. Sihat sebelum sakit
2. Lapang sebelum sempit
3. Kaya sebelum miskin
4. Muda sebelum tua
5. Hidup sebelum mati 


Admin...

Comel dan Cute!

Anak-anak ayam yang comel dan cute...

Masa kecil, Bulunya cantik dengan pelbagai warna, tapi bila mula membesar.... bulu tersebut kembali ke warna asal semula.

Cantik 'shot' ini...bayang bagaikan dalam cermin

Taman Bunga...

Keindahan taman bunga... Rekabentuk, susunan dan jenis pepohon serta bungaan memainkan peranan yang penting untuk menjadikan sebuah taman yang cantik, indah serta mendamaikan...